This is an old memories last day before we guys facing SPM 1998. I miss all of u. When i seen all of pic bring me back on this moment with 1001 memories. Thanks to Kak E and Jamie upload this photo on Facebook. I’m so dissapointed because couldn’t join u guys on Raja Mahadian Class of 98 on December 13. But i still hoping can join u guys on others event.
Here i was ready for you a few video log Datuk Mountain climbing. After i’d problem with youtube on before post. I hope u guys can be get any information about Datuk Mountain from my video log.
Alhamdulillah akhirnya aku dan team aku berjaya menawan puncak Gunung Datuk. Walaupun tidak terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan gunung yang lain. Tapi laluan untuk ke puncak agak mencabar. Pada hari pertama perjalanan kami bertembung dengan segombolan pelatih Inspektor dari Pulapol, KL. Mereka antara pendaki gunung tersebut yang kami temui. Tapi mereka tidak bermalam disana hanya kami berlima sahaja bermalam dipuncak gunung tersebut yang juga merupakan tapak perkhemahan gunung tersebut.
Di tapak gunung tersebut tidak mempunyai sumber bekalan air. Bekalan air yang terdapat disitu hanya mata air yang mengalir dicelah timbunan batu dimana kami perlu berjalan turun dari puncak lebih kurang 15 minit. Sejak kami tiba di puncak lebih kurang 6 petang, kami menghadapi angin kencang yang berterusan sehingga ke pagi esoknya. Alhamdulillah tiada sebarang gangguan atau kemalangan yang berlaku sepanjang kami di sana. Dipuncak ini dikatakan mempunyai kesan tapak kaki. Tapi aku tidak mempunyai kesempatan untuk merakamkan tapak kaki. Aku juga tidak dapat memastikan milik siapa tapak kaki tersebut.
Disini aku cuba memasukkan beberapa siri video yang sempat aku rakamkan sepanjang aktiviti kami disana untuk dikongsi bersama.
Nota: Video log tidak dapat dimasukkan dalam post kali ini disebabkan youtube menghadapi masalah dengan servernya. Video log akan dipost apabila masalah youtube diselesaikan kelak.