Perebutan kerusi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia kini bermula. Perebutan ini akan ditentukan pada Mesyuarat Kongres FAM yang ke 47 pada 31 Julai 2010.

Berdasarkan senarai pencalonan yang diterima oleh FAM, seramai

2 orang bergelar ” Tan Sri “

6 orang bergelar ” Datuk Seri “

13 orang bergelar ” Datuk “

Terus Baca Ada Lagi Nie “Pemilihan Majlis Kongres FAM ke 47″

Piala Dunia mampu mewujudkan satu fenomena yang dilanda hampir seluruh pelusuk dunia – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Demam Bola Telah Kembali”

picsrv.manutd.com01

Kekalahan tidak bermakna kita tidak bagus – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Amukan Harimau Malaya”

Che Chew Chan merupakan harapan terakhir negara untuk membawa pulang emas untuk Malaysia akhirnya berkecai selepas beliau tumbang di suku akhir dalam acara taekwando kelas 67 kg wanita di tangan peserta Norway dengan keputusan 3-1. Dengan ini hanya sebutir perak yang mampu diraih oleh kontijen negara pada temasya kali ini. Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Lee Chong Wei diatas kejayaan membawa pulang pingat perak. Bagi aku itu sudah memadai setelah hampir kesemua atlet telah memberi cabaran bagi merealisasikan harapan negara. Syabas kepada 33 atlet negara yang menyertai temasya kali ini. Aku juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan terutama Majlis Sukan Negara untuk meneliti semula kelemahan atlet negara kita. Disini aku ingin memberi beberapa cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan.

1. Wujudkan semula program pembangunan seperti Jaya 98 sebagai langkah mencipa kejayaan di Olimpik London 2012 sekaligus memberi peluang cerah kepada kita untuk menajdi tuan rumah Olimpik 2020.

2. Membuat kajian untuk menyusun balik struktur latihan dan pengurusan atlet. ( termasuk rutin kehidupan, pemakanan, disiplin, ketahanan fizikal dan mental atlet ).

3. Menambahkan jumlah penyertaan atlet ke peringkat antarabangsa sebagai langkah persediaan agar dapat menambahkan jumlah atlet ke temasya akan datang di London 2012.

4. Semua persatuan sukan kebangsaan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Sekolah Sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain badan yang berkaitan perlu duduk semeja untuk membentuk semula pembangunan sukan negara.

Olimpik London 2012 bakal memberi sesuatu yang lebih bermakna kepada negara berbanding Olimpik Beijing 2008. ” Setinggi mana piala dijulang Tinggi lagi martabat dijunjung “.

Disamping itu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda untuk memberi pendapat dan undian terhadap post aku Beijing 2008 Penyumbang Pingat Emas Pertama Malaysia?

Hanya tinggal 8 hari lagi temasya terbesar di dunia akan bermula. Mampukah temasya yang berlangsung di Asia memberi peluang kepada kita untuk menyumbang sekurang-kurangnya satu pingat emas kepada Malaysia.

Jika kita lihat kembali penglibatan kita dalam temasya nie, semakin edisi semakin banyak acara kita sertai. Ini satu peluang yang baik dan tidak keterlaluan untuk aku katakan  perkembangan sukan di Malaysia semakin meningkat. Sumbangan emas bukanlah satu ukuran tapi penglibatan atlit kita ke temasya tersebut adalah kayu pengukur akan usaha kerajaan dan badan bukan kerajaan bertungkus lumus selama ini untuk mempertingkatkan mutu sukan negara.

Pada temasya kali ini Malaysia telah menghantar seramai 33 atlet dalam 9 acara utama. Antaranya adalah Badminton, Akuatik, Memanah, Olahraga, Perlayaran, Berbasikal, Taekwando, Angkat Berat dan Menembak. Badminton merupakan penyumbang pingat kepada Malaysia. Bermula dengan pingat gangsa pada temasya yang dimenangi oleh Rashid Sidek pada temasya di Barcelona 1992. Disusuli dengan pingat perakyang dimenangi oleh pasangan beregu negara ketika Cheah Coon Kit dan Yap Kim Hock pada temasya Atlanta 1996. Berdasarkan prestasi pemain Malaysia sekarang ini adakah mampu sekurang-kurangnya 1 pingat emas dapat disumbang melalui acara Badminton. Secara peribadi, aku merasakan ya cuma tidak pasti siapa yang akan menyumbang pingat tersebut. Samada Lee Choong Wei ataupun pasangan beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong.

Apapun pada pandangan aku, kita tidak boleh memberi harapan yang menggunung kepada mereka. Jika juga perlu memberi harapan kepada atlet yang lain dalam acara lain. Mungkin juga penyumbang pingat emas bukan dari acara Badminton. Mungkin boleh datang dari acara berbasikal. Pasukan berbasikal negara telah menunjukkan persembahan terbaik semasa persembahan mereka di temasya Athens 2006. Jadi, mereka juga mempunyai peluang untuk menyumbang pingat tersebut. Mungkin Josiah Ng penyumbang pingat emas tersebut. Atau dia merupakan salah seorang penyumbang. Atas kertas kita boleh mengatakan ya. Tapi pada temasya tersebut hanya usaha dan masa menentukan segala-galanya dengan keadaan yang dikatakan masih berjerebu yang sedang melanda di Bandaraya Beijing. Berikut adalah calon yang bakal membawa balik pingat emas pertama negara ( andaian aku ).

Walaubagaimanapun, aku mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat berjuang kepada 33 atlet negara yang akan menyertai temasya pada kali ini. Aku berharap temasya kali ini memberi peluang pada kita untuk mencuri sekurang-kurangnya sebutir pingat emas yang telah menjadi idaman kita sejak 1956. Aku juga ingin mengajak anda semua untuk mendoakan akan nasib memihak kepada kita pada temasya kali ini. Disamping itu, ASTRO akan menyediakan sebanyak 11 saluran khas sepanjang temasya ini berlangsung. Maklumat lanjut boleh menonton di saluran Astro Sport ( Saluran 811 ) dengan menekan butang merah. Selain itu juga, pihak Majlis Sukan Negara telah melancarkan portal khas untuk perkembangan semasa kontigen negara sepanjang temasya. Portal tersebut telah dinamakan sebagai Malaysian Tigers.

Selamat Maju Jaya

Malaysia Boleh!!

Setinggi mana piala dijulang,

Tinggi lagi martabat dijunjung.

Sorry, there are no polls available at the moment.

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha