Antara kedua-dua pengeluar handphone ini yang manakah pilihan pertama rakyat Malaysia dan mengapa. Dari pemerhatian aku, ramai dikalangan kita lebih cenderung memilih Nokia sebagai telefon bimbit mereka. Mengapa Nokia pilihan mereka?
Mari kita lihat perbandingan antara kedua-dua pengeluar telefon bimbit ini.
SISTEM PENGOPERASIAN
Nokia menggunakan Symbian sebagai sistem operasi bagi setiap pengeluarannya. Ini kerana symbian lebih mudah menerima pelbagai jenis perisian yang dibangunkan.
Sony Ericsson pula menggunakan sistem pengoperasian Java bagi setiap pengeluarannya dimana ia hanya boleh installed software yang menggunakan Java sahaja. Ini tel
ah membuat pengguna agar sukar untuk memiliki software lain selain daripada Java.
USER FRIENDLY
Nokia dikatakan lebih user friendly dimana setiap ikon yang digunakan lebih mudah difahami dan juga kumpulan kategori fungsi yang lebih teratur dan sistematik.
Tidak seperti Sony Ericsson dimana apabila kita lihat menu utama, kita akan confuse akan ikon yang digunakan dan juga kumpulan kategori fungsinya.
TEKNOLOGI
Kejayaan paling dibanggakan oleh Nokia adalah penghasilan N Series dimana ia membawa kepada teknologi yang lebih canggih. Ia menjadikan N series dan E series menggunakan konsep komputer handphone apabila terhasilnya produk mereka N95. N95 memiliki teknologi sepertimana kita menggunakan komputer peribadi dan laptop dimana pengguna boleh melayari internet/email dengan mudah dan lancar. Selain itu juga, N95 membolehkan pengguna menyelesaikan kerja seharian mereka dengan menggunakan kemudahan perisian office. Ini sedondon dengan moto Nokia adalah Connecting People dimana setiap produk yang dihasilkannya dengan memperkenalkan dunia tanpa sempadan.
![]()
Bagi Sony Ericsson produk yang paling berjaya adalah Cybershot dimana ia tertumpu kepada teknologi kamera. Memang tidak dinafikan kamera handphone Sony Ericsson adalah yang terbaik terutama di waktu malam/gelap. Model handphone pertama yang menggunakan teknologi ini adalah K750.
PC SUITE
PC Suite merupakan software yang digunakan menghubungkan handphone ke komputer. Fungsi utama adalah untuk memindahkan data dari handphone ke komputer begitu juga sebaliknya.
PC Suite Nokia didapati lebih mudah digunakan dengan memperkenalkan beberapa fungsi tambahan antaranya fungsi menghubungkan komputer ke internet dengan menjadikan handphone anda sebagai modem. Fungsi mudah digunakan dimana anda tidak perlu memberi arahan khas kepada modem untuk akses ke internet. Selain daripada itu, fungsi download map dan update handphone software juga disediakan bagi memastikan pengguna GPS dan Symbian muda dikemaskini tanpa pergi ke kedai atau pusat servis.
Manakala PC Suite Sony Ericsson hanya menyediakan fungsi asas untuk produknya. Bagi mengemaskini Java platform atau map GPS pengguna perlu ke pusat servis atau download dari internet secara berasingan. Ini menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran terutama untuk pergi ke pusat servis ataupun kos tinggi untuk mengemaskini di kedai handphone.
Jadi, ini antara aspek yang boleh aku bawa ketengah tentang perbezaan antara handphone keluaran Nokia dengan Sony Ericsson yang merupakan pilihan utama rakyat Malaysia. Jadi, mana satukah handphone pilihan anda dan mengapa?

Facebook
Twitter