1st time aku tengok Konsert Akademi Fantasia ( AF ) sejak ia diperkenalkan di Malaysia. Aku dapati terlalu ramai orang dan suasana bertambah meriah apabila penyokong pelajar-pelajar akhir mula membanjiri stadium terutama di arena tempat aku duduk.
Arena? katner tue?
Arena tempat duduk yang di hadapan pentas kerusi yang dibaluti dengan kain putih.
Wah cam VIP aku rasakan. huhuhu.
Kemeriahan dan kehangatan mula dirasai apabila konsert bermula. Sepanjang konsert ini berlangsung para penyokong tidak berhenti-henti menyorak setiap pelajar membuat persembahan. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk bersorak terutama pada Stacy hingga hilang suara aku. Hilang suara weyh. Sepanjang konsert berlangsung, aku amat terpegun dan tertarik dengan persembahan beberapa persembahan pelajar akhir. Antaranya
Ritz ( 11 Januari ),
Stacy ( Atas nama cinta )
Nubhan ( Ada untukmu ).
Stadium digegarkan dengan cemuhan dan cacian daripada penonton terhadap Adlin yang seringkali memberi komen ‘panas’ terhadap pelajar terutama pada Toi. Terdapat segelintir penonton dan penyokong Toi tidak boleh menerima akan teguran tersebut.
Aku cuba untuk mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Aku dikecewakan oleh pegawai RELA yang bertugas setelah menyedari aku ingin mengambil gambar. Aku dimaklumkan tidak boleh ambil gambar sebab siaran langsung. Punah harapan seyh. huhuhu. Tapi aku sempat mengambil beberapa gambar sebelum konsert bermula. Jadi lah untuk kenangan.
‘ Juara AF6 adalah Stacy ‘,begitulah keputusan yang diumumkan oleh host, Ac Mizal. Ini telah menggamatkan stadium yang mana hampir separuh dari penonton di stadium menyokong Stacy. Sejurus keputusan diumumkan aku, Wafi, Zura, Acik dan Alan terus bergegas meninggalkan stadium bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Akhirnya kami berjaya juga keluar tanpa terlibat dengan kesesakan lalulintas. Kami terus menuju ke Restoran F1 yang terletak di Serdang. Dimana, Bakri, Taja ( guitarist Meet Uncle Hussain ) dan lain-lain sedang menanti kedatangan kami di sana. Akhirnya kami tiba di restoran untuk berkumpul bersama mereka.
Perbualan kami menjadi lebih rancak apabila Bakri membuka kisah tentang hantu. Seperti sedia maklum aku memang suka tentang kisah hantu ini. Aku suka dengar cerita pengalaman orang yang pernah menghadapinya. Aku pun pernah tapi masa sekolah dulu. Jadi, kami berkongsi pengalaman jumpa hantu ini. Dalam sibuk rancak berborak, aku baru sedari bahawa hanya tinggal kami sahaja yang tinggal di restoran itu. Restoran itu telah tutup dan semua pekerja sudah pulang. Makk aiii tinggal kita aja, aku bagitau pada Taja yang duduk bersebelahan dengan aku dan baru disedari oleh semua orang. Memandangkan semua sudah pulang dan restoran pun sudah tutup. Kami pun menamatkan perbualan dan beredar pulang ke rumah masing-masing.
Disini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Stacy diatas kejayaan dia menjadi Juara AF6. Dan juga tahniah kepada penganjur AF6, Astro yang telah bertungkus-lumus untuk menganjur AF6 dengan jayanya. Semoga kejayaan ini mendorong dengan kewujudan AF7 akan datang.
“Pada pendapat aku penganjuran Anugerah Industri Muzik pada tahun ini amat bertenaga dan teratur jika dibandingkan dengan penganjuran Anugerah Planet Muzik yang lepas. Secara peribadi aku, terlalu banyak kelemahan sepanjang penganjuran APM yang lepas sedikit sebanyak telah mencacatkan nama baik Malaysia sebagai tuan rumah. Aku berharap penganjur APM yang lepas dapat memperbaiki kelemahan yang timbul sepanjang penganjuran bagi menyakinkan semula APM kembali ke Malaysia dalam masa yang terdekat. Kita harus tunjukkan kemampuan kita bukan sahaja dalam memperjuangkan industri muzik malah penganjuran yang lancar dan lebih gemilang berbanding penganjur negara lain.”
” Macamana nak maju artis Malaysia, ada lagu sendiri tapi bila persembahan nyanyi lagu orang lain kalau lain rentak tidak apa lah tapi ini rentak yang sama “

Facebook
Twitter