Bermula di Pulau Pangkor pada bulan Mac lepas, aku ingin menawan 2 pulau lagi yang sememangnya aku belum pernah pergi dalam tahun ini. Jadi untuk mencapai impian aku itu, aku merancang untuk menawan pulau seterusnya iaitu Pulau Tioman. Aku rancang untuk pergi ke Pulau Tioman pada akhir bulan Julai ini. Aku rancang untuk memulakan perjalanan aku dari KL pada sebelah malam 31hb itu dan dijangka tiba di Mersing pagi 1 Ogos. Jadi, bolehlah aku mengambil bot pertama. Lagi awal aku tiba boleh menikmati parnorama disana lebih. Ramai ra dan kenalan aku telah pergi ke pulau tersebut. Hanya aku sahaja tidak berkesempatan. Tidak masa katakan. huhuhu. Jika berjaya aku pergi ke sana tercapai impian aku untuk menawan 3 pulau di Malaysia sehingga hujung tahun ini. Jika aku dapat merealisasikan impian aku. Cukuplah aku menerokai semua negeri di Malaysia. Barulah boleh meronda-ronda ke luar negara pulak. Atleast, i know and got experince in my own countries. Malu lah hendak jawab apabila orang bertanya kenapa sibuk hendak ke negara orang walhal negara sendiri tidak habis terokai. Ramai orang luar hendak datang ke Malaysia untuk mengalami pengalaman menarik di sini. KIta sibuk untuk menerokai negara orang lain. Jangan terasa pada sesiapa yang terlibat. Aku cuma bagi pendapat aku sahaja. No heart feeling yer. Dengan siapa aku pergi belum lagi dibincangkan. Ini kerana ramai rakan dan kenalan aku sibuk merancang untuk pergi ke negara jiran sebelah Utara. Buat masa ini, aku tidak berminat untuk ke luar negara. Ahh, mustahillah tidak minat. Cuma aku hendak habiskan terokai dalam negara dulu.I’m hope to all my friend being understand what i mean. It’s doesn’t mean i’m don’t want to join you guys. But want finish in my own countries first. Then, i will thinking about my next destination. Of course, overseas beb. Sesiapa yang hendak join aku boleh bagitau.

Disebabkan malam tadi aku tidur lambat aku telah terlepas untuk menghadiri dua seminar yang dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi. Arrggghhh! miss lagi aku. Mana tidaknya pukul 11 lebih baru aku terjaga. Memandangkan aku tidak hadir seminar jadi aku terus lepak di rumah Wafi.

Kemudian Wafi mengajak aku ke Bukit Bintang.Pada awalnya aku mengambil keputusan untuk tidak join dorang sebab banyak lagi perkara aku lakukan di rumah. Lagipun aku telah berjanji dengan Yon untuk pergi sama ke Maxis Center KLCC. Aku cuba menghubungi dia tapi gagal.

Semasa perjalanan Wafi dan lain-lain ( Zura, Acik dan Alan ) untuk menghantar pulang, aku telah mengambil untuk join ke Bukit Bintang. Ini disebabkan aku tidak mendapat maklumbalas daripada Yon mengenai rancangan petang tadi.

Tiba di Bukit Bintang, tempat pertama kitaorang tuju adalah Plaza Low Yatt. Disitu Wafi membeli beberapa komponen komputer. Selain daripada itu, dia juga ingin mencari CPU yang sesuai untuk dibeli.

Selepas itu, kitaorang lepak di U Cafe tempat kebiasaan aku, Yon, Jay dan Hafiz lepak jika kitaorang ke Bukit Bintang. Disana kami baru menjamah makan tengahari padahal jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Seperti biasa, disitu aku akan memesan Nasi Goreng Seafood Nenas. Aku amat mengemari makanan itu yang disediakan oleh restoran tersebut. Aku pun tidak tahu apa yang buat aku amat meminati makanan tersebut. Mungkin rasanya sedap kot. huhuhu.

Selesai menjamah selera, kami berjalan-jalan di Sungai Wang Plaza. Kebetulan Zura ingin mencari beberapa aksesori untuk design baju terbaru dia. Semasa kami berpusing-pusing di dalam Sg Wang, aku mula merasakan kepala aku sakit teramat sangat. Yang penting bukan migrain cuma sakit kepala sehingga aku menjadi lemah dan mula merasakan seluruh badan aku sakit. Ini disebabkan aku lewat makan.

Setelah mendapati aksesori yang dicari oleh Zura tidak ketemui. Kami mengambil keputusan untuk pulang. Apabila pulang ke rumah, aku terus mengambil ubat sakit kepala dan terus ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha