No to ISA

ISA diperkenalkan untuk membanteras pengganas atau melindungi kepentingan politik? – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “ISA : Masih Relevan?”

merdeka_1957_tunku_abdul_rahman1

Perpaduan antara kaum dan etnik mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Apakah itu Bumiputera?”

Minyak naik lagi bukannya 10% tetapi 40%. Arrggghhh sakit..sakit. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Tidak tahu nak salahkan siapa. Berserah sahaja. Bajet lari lagi. Esok lusa pasti harga barang akan naik. Semua naik. Aku pasti. Sungguh membebankan.

” Pulau Batu Putih milik Singapura “, begitulah keputusan dicapai setelah isu perebutan pulau ini mula dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ ) sejak 2003. Keputusan dicapai dengan undian 12-4 yang terus memihak kepada Singapura.

Pada mulanya aku agak terperanjat tetapi aku sudah jangka dari awal lagi jika kita teliti semula daripada awal. Singapura mempunyai banyak bukti kukuh yang mampu mengakui pulau tersebut milik mereka. Jika teliti semula banyak alasan yang dibangkitkan oleh Singapura berkisarkan sejarah awal dengan kewujudan rumah api di pulau tersebut. Memang diakui Malaysia juga banyak memainkan peranan terhadap pulau tersebut tetapi ‘Melayu mudah lupa’. Punca kesilapan kita adalah kita mudah terpedaya dan terlalu berlembut hati terutama isu penyerahan surat Temenggung Johor dan Malaysia mengambil sikap berdiam diri.

Dengan kekalahan kes Batu Putih, diharap pemimpin kita terutama Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi tidak lalai dan mudah terpedaya dengan isu-isu lain terutama isu air yang masih tidak ada sebarang perkembangan jika kita bandingkan semasa era Dr Mahathir. Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi perlu lebih tegas dalam isu-isu dengan negara jiran terutama Singapura yang sengaja melengah-lengahkan mengenai isu air. Masa terus berlalu dikhuatiri isu air akan menerima nasib yang sama seperti isu Pulau Batu Putih. Aku juga bersimpati bersama rakyat Malaysia yang lain terutama penduduk Johor.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh terus putus asa disebabkan kekalahan satu isu kita masih memiliki Pulau Pisang yang terletak di pantai barat. Singapura masih tidak mampu untuk berbuat apa-apa seperti yang kita ketahui mereka sedang memperluaskan sempadan mereka. Jadi, kita tidak perlu bersedih pada kekalahan ini. Lagipun,masih banyak isu tertunggak terutama isu pertindihan ini. Aku menyarankan kepada semua rakyat Malaysia terus bangkit dari dibuai mimpi indah. Sekali kita terlepas pandang pada masa sekarang, ia akan merugikan kita untuk selama-lamanya.

Berikut mengenai sejarah Pulau Batu Putih yang sekarang ini hanya tinggal kenangan didalam peta Malaysia untuk renungan kita bersama.

(Either JavaScript is not active or you are using an old version of Adobe Flash Player. Please install the newest Flash Player.)

Mengikut tradisi, nelayan Johor menjadikan pulau ini sebagai pulau persinggahan dan menamakannya Pulau Batu Puteh kerana berwarna putih dan banyak didiami burung camar laut. Terdapat beberapa pulau lagi di dalam perairan Malaysia yang diberikan nama berdasarkan warna pulau tersebut seperti Pulau Perak di Selat Melaka yang berwarna seakan-akan perak. Sebaliknya orang Portugis menamakannya Pedra Branca yang bermaksud ‘batu putih’. Sejak tahun 1583, pelayar Belanda, Johann van Linschoten telah mencatat akan bahayanya pulau ini kepada kapal yang berlayar dari China dan dari selatan Melaka. Antara tahun 18241851 berlaku 25 kemalangan kapal berhampiran pulau itu. Antara tahun 2000 hingga 2004 berlaku 2 kemalangan kapal.

Pada tahun 1851, rumah api telah dibina oleh Kapten James Horsburgh dari Scotland, Empayar British dan dinamakan rumah api Horsburgh. James Horsburgh dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah melakukan kerja-kerja hidrografi dan melukis peta kedalaman kawasan ini. Pembinaan ini bertujuan bagi membantu kapal-kapal yang akan melalui Selat Singapura seterusnya Selat Melaka. Manakala di sebelah timur pula, rumah api di Pulau Pisang telah dibina bagi tujuan yang sama. Bezanya Pulau Pisang adalah sebuah pulau yang besar manakala Pulau Batu Puteh adalah sebongkah batu.

Malaysia mula menuntut pulau tersebut pada tahun 1979 ketika menerbitkan peta rasmi baru, yang memasukkan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) dalam perairan laut wilayahnya. Manakala jarak Pulau Batu Puteh ini adalah jauh dari Singapura iaitu lebih dari 12 batu nautika. Malaysia mengatakan bahawa apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun 1824 [1], penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh. Sultan Johor hanya memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun 1844[2]. Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) terletak 46 km (25 batu nautikal) dari Singapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor. Pihak Singapura pula hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan di Johor pada masa tersebut berbanding masa kini dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan oleh pihak Malaysia. Pulau Batu Puteh, Middle Rocks, dan South Ledge penting

” Tun Mahathir keluar dari UMNO “, begitulah berita yang aku dengar di Saluran Awani malam tadi. Aku agak terkejut apabila Tun Mahathir yang pernah menjadi orang pertama dalam UMNO satu waktu dulu. Beliau memberitahu sebab dia keluar dari UMNO disebabkan tidak kepuasan hati beliau dengan kepimpinan parti dibawah kepimpinan Pak Lah. Sejak persembahan buruk UMNO dalam pilihanraya yang lepas, Tun Dr Mahathir sering mengecam kepimpinan Pak Lah. Beliau juga menjelaskan bahawa pengeluaran dia dari UMNO tidak bermakna dia akan menyertai mana-mana parti yang lain. Beliau akan menyertai semula UMNO selepas Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Presiden sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga ada menggesa semua Ketua Cawangan dan Bahagian UMNO supaya meletakkan jawatan sebagai desakan Pak Lah untuk meletakkan jawatan. Tambahan beliau lagi, Pak Lah tidak perlu tunggu untuk letak jawatan sehingga pemilihan parti kerana semasa pemilihan parti nanti mesti dia akan menang tanpa bertanding.

Daripada senario tersebut menggambarkan desakan Pak Lah untuk meletakkan jawatan semakin tinggi. Dengan tindakan Dr M ini, sedikit sebanyak akan menjejaskan program penambaikan yang dirangka oleh Pak Lah sejak kekalahan teruk UMNO khususnya dan BN amnya pada pilihanraya lepas. Pada pendapat aku, Pak Lah harus meletakkan jawatan sekarang untuk memberi laluan kepada Najib untuk memberi nafas baru dalam UMNO. Memang ada pendapat mengatakan untuk memberi peluang kepada Pak Lah untuk memperbaiki kesilapan beliau tetapi itu telah terlambat kerana bukan sahaja ahli UMNO menyedari kesilapan Pak Lah malah rakyat sendiri juga telah menunjukkan ketidakpercayaan kepada Pak Lah. Sekiranya Pak Lah menyayangi UMNO, beliau sepatutnya sanggup menerima kekalahan tersebut dan sanggup meletakkan jawatan. Mungkin dengan menyerah jawatan kepada Najib sedikit sebanyak dapat membantu menyakinkan semula kepercayaan rakyat terutama orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya kepada UMNO semula. Sepanjang Malaysia dibawah kepimpinan Pak Lah tiada sebarang pembaharuan yang dikecapi terutama dalam memperjuang kebajikan rakyat. Adakah dengan mewujudkan koridor Utara, Pantai Timur, Sabah, Sarawak dan Wilayah Pembangunan Iskandariah itu satu kebanggaan kepada orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia pada amnya? Atau ia merupakan satu kerugian besar kepada orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya? Kelima-lima pembangunan Wilayah tersebut memakan kos berbilion. Dari mana datangnya duit kerajaan sebegitu banyak? Adakah pembatalan projek Gerbang Indah yang dicadangkan semasa pemerintahan Dr M tidak mendatangkan keuntungan kepada Malaysia? Bagi aku Gerbang Indah itu tidak merugikan mana-mana pihak terutama rakyat Malaysia malah ia mendatangkan keuntungan besar kepada rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya. Itulah salah satu kesilapan besar Pak Lah semasa menggambil alih tampuk pemerintahan Malaysia.

“Mampukah Pak Lah menepis asakan hebat yang dijangkakan diberi oleh barisan Pakatan Rakyat yang diketuai Dr Wan Azizah, Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) yang merupakan wanita pertama Ketua Pembangkang di Parlimen setelah partinya menguasai 31 kerusi daripada 82 kerusi”

Terus Baca Ada Lagi Nie “Pak Lah vs Wan Azizah”

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha