Hari ini saya ingin berbincang dengan anda mengenai rangkaian radio swasta berbahasa melayu pilihan pertama rakyat Malaysia. Seperti kita ketahui bahawa terdapat 2 rangkaian radio swasta berbahasa melayu yang mengatakan mereka adalah pilihan pertama rakyat Malaysia iaitu ERA FM dan HOT FM. Sejauh mana kebenaran mereka adalah rangkaian pertama pilihan rakyat Malaysia. Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat mengenai kedua-dua rangkaian radio tersebut.
ERAFM merupakan rangkaian radio dibawah kendalian Airtime Management and Programming Sdb Bhd ( AMP ) merupakan anak syarikat Astro All Asia Networks yang beroperasi di Pusat Penyiaran Asia, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, KL.
HOTFM merupakan rangkaian radio dibawah kendalian Synchrosound Studio Sdn Bhd merupakan anak syarikat Media Prima Berhad yang beroperasi di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.
PROGRAM ( ISNIN – JUMAAT )

Pagi di Era ( 6am – 10am ) Penyampai : Kieran, Nana, Adi * 10/1 di Era ( 10am – 1pm ) Penyampai : Aznil * Petang di Era ( 1pm – 4pm ) Penyampai : Linda Onn * Petang di Era ( 4pm – 8 pm ) Penyampai : Reza * C30 ( 8pm – 12am ) Penyampai : Rey *
AM Krew ( 6am – 10am ) Penyampai : Faizal dan Fara Fauzana * Menu Muzik ( 10am – 1pm ) Penyampai : Tini * Menu Muzik ( 1pm – 4pm ) Penyampai : Azura * HotFM Jam ( 4pm – 8pm ) Penyampai : Ag dan Leya * HotFM Zone ( 8pm – 12am ) Penyampai : Anne, Ikhwan, Fiq *
PROGRAM YANG POPULAR
Program Pagi di Era yang dikendalikan oleh Kieran, Nana dan Adi dikatakan program yang mendapat rating tertinggi. Program ini dikatakan popular dengan segmen kena kantoi.
Program Hot FM AM Krew dikendalikan oleh Fara dan Faizal dikatakan program yang mendapat rating tertinggi. Program ini dikatakan popular dengan segmen panggilan hangit.
PENYAMPAI POPULAR
Aznil merupakan penyampai popular di Era. Aznil mempunyai perwatakan yang menarik dan mesra telah menghasilkan suara yang mesra di telinga para pendengar. Aznil juga mempunyai teknik kemahiran berbicara dalam apa jua keadaan menyebabkan ramai pendengar meminati beliau sejak dari dahulu lagi. Setiap kata tutur mempunyai maklumat dan mesej yang berguna jika dibandingkan dengan penyampai yang lain.
Fara Fauzana dikatakan penyampai paling popular di Hot FM. Beliau gadis yang mempunyai suara yang garau tetapi pandai mengambil hati para pendengar. Beliau juga pandai membuat lawak dan setiap lawak serta kata-kata mempunyai maklumat dan mesej yang berguna.
SKUAD


WEBSITE
Website ERA kelihatan terlalu crowded boleh menyebabkan sakit kepala semasa melayari atau mencari maklumat. Kedudukan table di website tidak tersusun dan terlalu banyak.
Website HotFM kelihatan simple dan teratur. Table disusun dengan teratur dan mudah untuk mendapatkan maklumat terkini. Penggunaan flash yang sistematik dan teratur dapat menjimatkan ruang dan kurang penggunaan table.
Walaupun Hot FM pernah dikatakan klon kepada Era tetapi mereka lebih berjaya menarik ramai pendengar. Ini disebabkan para penyampai mereka pandai dalam menyusun lagu yang dimainkan. Para pendengar kebanyakkan ingin mendengar lagu dan maklumat berguna terutama di waktu pagi semasa perjalanan ke pejabat bukannya ingin mendengar celoteh yang boleh dikatakan merapu dan mengarut. Era dikatakan agak bosan dari segi penyusunan lagu yang dimainkan. Era juga kerap memainkan lagu-lagu out of date ini membuatkan pendengar bosan. Pendengar yang menentukan rangkaian radio mana pilihan pertama di Malaysia. Jadi rangkaian radio manakah pilihan anda.
Sorry, there are no polls available at the moment.
Ini yang biasa berlaku di pejabat setiap hari isnin:
- ramai yang malas nak wat keje
- bosan bila berada di pejabat
- tidur di waktu pejabat
- nampak lesu dan tidak bermaya
Mengapa perkara ini terjadi?
- setelah 2 hari bercuti
- kehendak melebihi daripada keperluan
- tidak puas enjoy sepenuhnya pada hari cuti
- penat berjalan atau mengemas rumah
Sepatutnya berlaku pada hari isnin:
- Semangat untuk bekerja
- Suasana ceria di pejabat
- Badan dan fikiran segar sepanjang hari






Facebook
Twitter