12072009679

Tidak semua kerja gila tidak mendatangkan faedah – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Kerja Giler”

(Either JavaScript is not active or you are using an old version of Adobe Flash Player. Please install the newest Flash Player.)

Orang ramai berkumpul di Jalan Sultan Ismail berhadapan dengan Sg Wang Plaza untuk sambutan Tahun Baru

” Meriah tapi sederhana “.. itu yang mampu saya ungkapkan pada sambutan Tahun Baru 2009 di Bukit Bintang. Setiap tahun YTL akan meraikan tahun baru disekitar Sg Wang Plaza. Tapi tahun ini persembahan bunga api agak kurang menarik ini mungkin disebabkan cut cost. Maklum jela ekonomi ketika ini kurang stabil. Tapi sambutan yang diadakan tetap mendapat sambutan ramai bukan sahaja rakyat Malaysia malah pelancong asing. Selain daripada acara utama di Jalan Sultan Ismail, pihak Pavilion juga telah mengadakan countdown di pintu masuk Bukit Bintang dengan mengadakan free party.

(Either JavaScript is not active or you are using an old version of Adobe Flash Player. Please install the newest Flash Player.)

Orang ramai dihiburkan dengan dance song before countdown di Pavilion

Sebelum itu, saya dan beberapa lagi sahabat lepak di La Bodega untuk menunggu sebelum tibanya saat dan detik jam 12 ketibaan tahun baru 2009.

(Either JavaScript is not active or you are using an old version of Adobe Flash Player. Please install the newest Flash Player.)

Ketika di La Bodega sebelum tibanya jam 12 tengahmalam

Last night, aku dan beberapa kawan Azura dan Waffiey telah membuat satu kejutan pada Azura semperna Ulang tahun Azura yang ke 24 tahun pada 1 November. Kejutan ini sebenarnya telah dirancang oleh Waffiey untuk membuat kejutan pada Azura. Kejutan ini telah dibuat di TGI Fridays The Curve Mutiara Damansara. Berikut adalah video yang sempat aku rakamkan untuk tatapan rakan-rakan yang lain yang tidak dapat sertai kami malam tadi.

(Either JavaScript is not active or you are using an old version of Adobe Flash Player. Please install the newest Flash Player.)

Kejutan dari kami ( rakan-rakan Azura ) dan Staff TGI Fridays

Terdapat beberapa perkara yang telah mengecewakan aku dan kemungkinan lain rakan-rakan yang lain.

<! 1. Sistem mereka down dan mereka terpaksa tutup order awal. Terlepas nak makan free.       Hahaha

< 2. Aku ingat pihak TGI Fridays akan terus menyalakan lilin dan nyanyi lagu happy birthday. Tapi malangnya. Korang tengoklah sendiri video yang ada.

Apapun aku ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke 24.

(Either JavaScript is not active or you are using an old version of Adobe Flash Player. Please install the newest Flash Player.)

Ketika Azura membuka hadiah dari Waffiey

Kembali aku dari bilik air selepas menyegarkan badan aku apabila cuaca pada malam tadi agak panas. Aku mendapati terdapat mesej dari msn messenger masuk. Aku dapati hazman salah seorang kawan aku menegur dan bertanyakan mengenai rancangan aku malam ini.

” Helo.. apa plan ko malam nie? “, mesej dari hazman.

” Aku mungkin balik klang malam nie..nape? “, balas aku.

” Aku ingat nak ajak ko lepak..bosan la kat umah “, balas hazman.

” Bila? “, balas aku lagi.

” Sekaranglah..bila lagi “, hazman membalas semula.

” Kalo lewat skit boleh la aku nak balik klang dulu amik barang “, jawab aku mengenai rancangan aku itu.

” Kalo gitu x ape la “, balas hazman yang agak hampa setelah aku memaklumkan bahawa aku mempunyai rancangan lain.

Kebetulan aku nak pulang ke Klang untuk mengambil barang, terlintas dalam benak kepala aku untuk mengajak dia menemani aku sekali. Sekaligus, dapat juga dia berjalan untuk menghilangkan kebosanan di rumah lagipun dia mempunyai kenderaan yang boleh memendekkan masa aku untuk pergi dan pulang dari Kl ke Klang.

” Apa kata ko temankan aku balik klang? “, aku mengaju cadangan pada hazman.

” Cantik jugak..ko balik naik ape? “, balas hazman mempersetujui cadangan aku itu.

” Aku naik motor..kalo ko ikut boleh bawa kete ko..minyak n tol aku support “, jawab aku atas pertanyaan dia

” ok gak.. so ko nak datang kul brape? “, balas hazman lagi.

” aku gerak sekarang ke rumah ko “, balas aku yang menyedari bahawa dia memang dalam keadaan kebosanan.

” ok aku tunggu “, jawab ringkas hazman kepada aku.

Tanpa membuang masa aku pun terus bersiap dan terus menuju ke rumah hazman yang terletak di SS2 Pj. Setiba aku di rumah dia yang telah menanti kedatangan aku. Kami pun terus menuju ke Klang. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 30 minit dan tiba aku di rumah kedua-dua ibubapa aku. Aku mengambil masa dalam 30 minit untuk mengambil barang dan menyelesaikan beberapa perkara dengan emak aku. Selepas itu, aku kembali ke Hazman yang sedang menanti aku di dalam kereta dia. Selepas itu, kami menuju ke sebuah restoran makanan siam di Kg Jawa, Klang. Restoran itu diberi nama ” Din Tomyam “. Restoran itu dahulu agak popular dengan tomyamnya. Aku akui juga selalu lepak makan disana bersama keluarga aku dan kadangkala dengan kawan-kawan setaman aku.

Setiba di restoran aku mendapati telah terdapat beberapa perubahan terhadap keadaan luaran dan dalaman restoran tersebut. Aku tidak akui restoran tersebut masih mempunyai sentuhan sendiri sehingga ke hari ini mereka masih mendapat sambutan. Kami mengambil tempat dan kami telah dilayan oleh pelayan restoran lelaki dengan ramah dan murah dengan senyuman. Memandangkan perut aku sedang lapar begitu juga dengan Hazman. Jadi setiap menu yang disediakan nampak enak sahaja. Aku dan Hazman telah memesan beberapa lauk dan tidak ketinggalan Tomyamnya. Penyediaan makanan memakan masa lebih kurang 10 minit sahaja. Bila aku melihat pelayan tersebut menghidangkan makanan pesanan kami. Baru aku sedari bahawa banyaknya aku makan malam ini. Tapi disebabkan perut kami berdua lapar, kami pun mula menjamah hidangan.

Selesai menjamah selera, kami menyambung perjalanan untuk pulang ke PJ. Sepanjang perjalanan kami pulang, kami asyik membincangkan rancangan percutian. Hazman mengajak aku untuk bercuti di Thailand. Aku memang menyukai tapi aku menghadapi masalah dengan cuti rehat dan masalah kewangan yang sedang aku hadapi ketika ini. Walaubagaimanapun, aku tidak menjanjikan apa-apa dengan Hazman mengenai perancangan itu ini kerana terlalu banyak perkara yang perlu aku hadapi terlebih dahulu. Tanpa disedari kami telah tiba di rumah Hazman dan itu telah mengakhiri perbincangan kami. Banyak perkara perlu aku atasi dalam masa terdekat yang aku sendiri tidak mampu untuk memberi apa-apa keputusan. Maka berakhirlah pertemuan aku dengan Hazman malam tadi dengan tiada sebarang keputusan yang dicapai mengenai cadangan Hazman tadi.

“Sekiranya perempuan tersebut masuk pertandingan seumpama Akademi Fantasia ataupun Malaysian Idol mampu melayakkan dia bergelar sebagai juara walaupun mempunyai bentuk fizikal yang agak besar. Tapi jika diukur dari kemantapan suaranya. Dia mampu. Tetapi terlintas di benak fikiran aku, Adakah pengundi-pengundi rancangan TV realiti menilai dari segi bakat ataupun paras rupa? Matangkah para pengundi kita untuk membuat pernilaian. Tepuk dada tanyalah selera.”

Terus Baca Ada Lagi Nie “Wakiki Too”


“Seperti yang aku jangkakan, selalunya kita dengar bahawa artis yang datang lewat ke lokasi penggambaraan. Tetapi secara realiti yang berlaku di hadapan mata aku sendiri bahawa orang produksi yang lewat. Aku dipahamkan oleh Cuk, dia diminta untuk menghadirkan diri di lokasi penggambaraan pada jam 4 petang. Tetapi orang produksi muncul di lokasi penggambaraan 3 jam kemudian. Siapa yang silap sebenarnya. Produksi atau artis?”

Terus Baca Ada Lagi Nie “Sepetang Di Restoran Rasa Sayang”

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha