Khamis lepas, pejabat aku digemparkan dengan cerita ternampak bayang hitam melintas di CCTV pejabat aku. Ini merupakan cerita terserempak dengan penghuni/penunggu di pejabat aku yang berjaya dirakam oleh CCTV. Sebelum ini terlalu banyak cerita tentang diganggu/terserempak dengan makhluk halus ini. Kebanyakkan kakitangan yang terserempak/diganggu ini dikalangan kakitangan wanita. Tetapi kali ini cerita datang daripada salah seorang pegawai keselamatan lelaki yang bertugas pada malam itu.

Menurut cerita oleh pegawai keselamatan tersebut, kejadian ini berlaku lebih kurang jam 12 tengahmalam pada 18 Jun lepas apabila dia menyedari tetiba salah satu lif di blok A bergerak menuju ke tingkat 6. Tersentak dengan itu, beliau terus membuat pemeriksaan tingkat 6 untuk mengesahkan sebarang aktiviti yang ada di tingkat tersebut. Pemeriksaan tersebut perlu dilakukan sejak berlaku pecah masuk tahun lepas. Selepas pemeriksaan dibuat, beliau mendapati tiada sebarang aktiviti yang berlaku ditingkat tersebut. Beliau terus pulang ke bilik kawalan untuk memeriksa rakaman CCTV di tingkat tersebut. Alangkah terperanjatnya beliau mendapati hanya bayang hitam yang dikatakan merupai lelaki keluar dari lif tersebut.

Cerita ini telah menjadi perbualan dikalangan kakitangan dan pelbagai lagi pengakuan lain mula muncul yang mana sebelum kakitangan yang terlibat hanya mendiamkan diri. Ini dikhuatiri akan mewujudkan perasaan takut dikalangan kakitangan terutama kakitangan yang stayback selepas waktu pejabat. Berikut adalah rakaman yang dirakam semula menggunakan handphone dan mula tersebar dikalangan kakitangan yang bertugas di bangunan ini.

(Either JavaScript is not active or you are using an old version of Adobe Flash Player. Please install the newest Flash Player.)

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha