Perebutan kerusi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia kini bermula. Perebutan ini akan ditentukan pada Mesyuarat Kongres FAM yang ke 47 pada 31 Julai 2010.

Berdasarkan senarai pencalonan yang diterima oleh FAM, seramai

2 orang bergelar ” Tan Sri “

6 orang bergelar ” Datuk Seri “

13 orang bergelar ” Datuk “

Terus Baca Ada Lagi Nie “Pemilihan Majlis Kongres FAM ke 47″

Piala Dunia mampu mewujudkan satu fenomena yang dilanda hampir seluruh pelusuk dunia – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Demam Bola Telah Kembali”

No to ISA

ISA diperkenalkan untuk membanteras pengganas atau melindungi kepentingan politik? – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “ISA : Masih Relevan?”

picsrv.manutd.com01

Kekalahan tidak bermakna kita tidak bagus – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Amukan Harimau Malaya”

merdeka_1957_tunku_abdul_rahman1

Perpaduan antara kaum dan etnik mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Apakah itu Bumiputera?”

Antara kedua-dua pengeluar handphone ini yang manakah pilihan pertama rakyat Malaysia dan mengapa. Dari pemerhatian aku, ramai dikalangan kita lebih cenderung memilih Nokia sebagai telefon bimbit mereka. Mengapa Nokia pilihan mereka?

Mari kita lihat perbandingan antara kedua-dua pengeluar telefon bimbit ini.

SISTEM PENGOPERASIAN

Nokia menggunakan Symbian sebagai sistem operasi bagi setiap pengeluarannya. Ini kerana symbian lebih mudah menerima pelbagai jenis perisian yang dibangunkan.

Sony Ericsson pula menggunakan sistem pengoperasian Java bagi setiap pengeluarannya dimana ia hanya boleh installed software yang menggunakan Java sahaja. Ini telsony ericssonah membuat pengguna agar sukar untuk memiliki software lain selain daripada Java.

USER FRIENDLY

Nokia dikatakan lebih user friendly dimana setiap ikon yang digunakan lebih mudah difahami dan juga kumpulan kategori fungsi yang lebih teratur dan sistematik.

sony ericssonTidak seperti Sony Ericsson dimana apabila kita lihat menu utama, kita akan confuse akan ikon yang digunakan dan juga kumpulan kategori fungsinya.

TEKNOLOGI

Kejayaan paling dibanggakan oleh Nokia adalah penghasilan N Series dimana ia membawa kepada teknologi yang lebih canggih. Ia menjadikan N series dan E series menggunakan konsep komputer handphone apabila terhasilnya produk mereka N95. N95 memiliki teknologi sepertimana kita menggunakan komputer peribadi dan laptop dimana pengguna boleh melayari internet/email dengan mudah dan lancar. Selain itu juga, N95 membolehkan pengguna menyelesaikan kerja seharian mereka dengan menggunakan kemudahan perisian office. Ini sedondon dengan moto Nokia adalah Connecting People dimana setiap produk yang dihasilkannya dengan memperkenalkan dunia tanpa sempadan.

Bagi Sony Ericsson produk yang paling berjaya adalah Cybershot dimana ia tertumpu kepada teknologi kamera. Memang tidak dinafikan kamera handphone Sony Ericsson adalah yang terbaik terutama di waktu malam/gelap. Model handphone pertama yang menggunakan teknologi ini adalah K750.

PC SUITE

PC Suite merupakan software yang digunakan menghubungkan handphone ke komputer. Fungsi utama adalah untuk memindahkan data dari handphone ke komputer begitu juga sebaliknya.

PC Suite Nokia didapati lebih mudah digunakan dengan memperkenalkan beberapa fungsi tambahan antaranya fungsi menghubungkan komputer ke internet dengan menjadikan handphone anda sebagai modem. Fungsi mudah digunakan dimana anda tidak perlu memberi arahan khas kepada modem untuk akses ke internet. Selain daripada itu, fungsi download map dan update handphone software juga disediakan bagi memastikan pengguna GPS dan Symbian muda dikemaskini tanpa pergi ke kedai atau pusat servis.

sony ericssonManakala PC Suite Sony Ericsson hanya menyediakan fungsi asas untuk produknya. Bagi mengemaskini Java platform atau map GPS pengguna perlu ke pusat servis atau download dari internet secara berasingan. Ini menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran terutama untuk pergi ke pusat servis ataupun kos tinggi untuk mengemaskini di kedai handphone.

Jadi, ini antara aspek yang boleh aku bawa ketengah tentang perbezaan antara handphone keluaran Nokia dengan Sony Ericsson yang merupakan pilihan utama rakyat Malaysia. Jadi, mana satukah handphone pilihan anda dan mengapa?

Che Chew Chan merupakan harapan terakhir negara untuk membawa pulang emas untuk Malaysia akhirnya berkecai selepas beliau tumbang di suku akhir dalam acara taekwando kelas 67 kg wanita di tangan peserta Norway dengan keputusan 3-1. Dengan ini hanya sebutir perak yang mampu diraih oleh kontijen negara pada temasya kali ini. Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Lee Chong Wei diatas kejayaan membawa pulang pingat perak. Bagi aku itu sudah memadai setelah hampir kesemua atlet telah memberi cabaran bagi merealisasikan harapan negara. Syabas kepada 33 atlet negara yang menyertai temasya kali ini. Aku juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan terutama Majlis Sukan Negara untuk meneliti semula kelemahan atlet negara kita. Disini aku ingin memberi beberapa cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan.

1. Wujudkan semula program pembangunan seperti Jaya 98 sebagai langkah mencipa kejayaan di Olimpik London 2012 sekaligus memberi peluang cerah kepada kita untuk menajdi tuan rumah Olimpik 2020.

2. Membuat kajian untuk menyusun balik struktur latihan dan pengurusan atlet. ( termasuk rutin kehidupan, pemakanan, disiplin, ketahanan fizikal dan mental atlet ).

3. Menambahkan jumlah penyertaan atlet ke peringkat antarabangsa sebagai langkah persediaan agar dapat menambahkan jumlah atlet ke temasya akan datang di London 2012.

4. Semua persatuan sukan kebangsaan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Sekolah Sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain badan yang berkaitan perlu duduk semeja untuk membentuk semula pembangunan sukan negara.

Olimpik London 2012 bakal memberi sesuatu yang lebih bermakna kepada negara berbanding Olimpik Beijing 2008. ” Setinggi mana piala dijulang Tinggi lagi martabat dijunjung “.

Disamping itu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda untuk memberi pendapat dan undian terhadap post aku Beijing 2008 Penyumbang Pingat Emas Pertama Malaysia?

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha