Artikel ini telah lama aku rangka dalam handphone cuma terlupa untuk update dalam blog ini.

Dalam kehidupan nie pelbagai cabaran dan rintangan perlu kita harungi. Tapi adakah setiap peluang yg datang kita nikmatinya? Begitu juga dengan mencari pasangan hidup. Mungkin kita memilih yang terbaik untuk diri kita tapi tanpa disedari kita telah terlepas orang yg kita inginkan. Kenapa ia berlaku? Akibat daripada perasaan terlalu berhati-hati disebabkan tidak mahu perkara lama berulang. Tapi adakah orang yang kita memilih adalah menepati kehendak kita. Itu adalah RISIKO. Tiada satu perkara di dalam dunia ini tidak mempunyai risiko.

Adalah orang bertanya kepada aku “adakah aku nie seorang cepat jatuh cinta?”. Sebenarnya ia bergantung kepada seseorang itu. Sebab perasaan itu akan datang dengan sendirinya apabila hati ikhlas. Setiap keputusan yang diambil mempunyai risiko. Apabila menceritakan tentang risiko kita perlu tahu bahawa dunia memangnya selalu tidak adil untuk kita. Adakah ini dinamakan sebagai dugaan daripadaNya??

Pernahkan anda mendengar atau membaca satu cerita. “Pada suatu hari cikgu meminta seorang pelajar untuk pergi ke padang sekolah. Pelajar tersebut diberi tugasan untuk memilih satu rumput yang paling cantik sekali tanpa memandang ke belakang. Maka pelajar tersebut pun memulakan pencarian rumput tersebut. Setelah sampai ke hujung padang pelajar tersebut pun pulang ke kelas dan memaklumkan kepada cikgu bahawa mungkin dia terlepas untuk memilih rumput yang cantik.”

Morale of story : kita mesti hargai setiap perkara yang berlaku pada kita. Sebab apabila saat dan masa itu berlalu mungkin kita tidak akan dapat mengulanginya semula.

Daripada cerita itu, aku jadikan ia inspirasi pada diri. Kadangkala kita tidak sedar apa yang ada dihadapan kita itu adalah yang terbaik untuk kita. Tapi disebabkan kita terlalu memilih maka kita terlepas peluang tersebut. Setiap insan di dunia dicipta dengan kelemahan dan kelebihan tersendiri. Jadi, hargai setiap peluang yang ada dihadapan kita untuk mengharungi kehidupan di dunia yang penuh tidak adil.

Kekasih adalah seorang yang ingin sentiasa bersama tanpa mengira senang dan susah.

Kawan adalah peneman di saat kita senang atau susah.

Musuh pulak adalah orang yang sentiasa ingin menjatuhkan orang lain.

Berkasih biar satu agar ia tidak menjadi musuh dikemudian hari. Berkawan biar beribu supaya kita rasa gembira selalu.

Hargailah peluang yang ada dihadapan kita agar kita tidak menyesal dikemudian hari.

Suatu pagi yang sayu dengan cuaca yang agak mendung, aku telah tiba di pejabat ngan selamat. Setiba aku dipejabat sedang asik memulakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Tetiba aku teringin dengar lagu yang selalunya menjadi nada sms handphone aku. Apakah lagu itu? Lihat video klip dibawah nanti.

Terus Baca Ada Lagi Nie “Ingin..Keinginan..Teringin”

Setelah 3 minggu menanti akhirnya dapat juga jadual waktu aku untuk semester ini – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Tidak Boleh Masuk Kelas [ Update ]“

Aku Eric Leong


Aku lebih suka yang simple dan interaktif – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Deco Bersama Aku?????”

Semangat masih belum terpadam walaupun terpaksa mengharungi macam-macam kerenah – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Tidak Boleh Masuk Kelas”

Buat pertama kali aku duk secara bersendirian tanpa kehadiran rakan kongsi di rumah baru ini – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Bertukar Angin”

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha