cigarette

” Jika kita merokok kita akan kurangkan kepada perbelanjaan makanan. Jadi, lagi baik duit habis pada makanan daripada habis pada rokok yang totally tidak mendatangkan sebarang faedah. Ya memang makanan boleh mendatangkan penyakit juga tapi potensi dan peratusannya agak kurang daripada merokok dan makan. Pilihlah mana satu yang lebih baik. – CaPt Shah”

Hari Ke 8 – 19 ( 21 Ogos – 1 Sept 2009 )

  • Percaya tak percaya sasaran aku untuk hidup tanpa rokok dari 7 hari ke 7 hari berikut tercapai. Alhamdulillah aku berjaya atasi keinginan. Menipulah tidak mempunyai keinginan langsung tapi semuanya dapat dikawal.
  • Bagaimana aku lakukan? Hanya kuatkan semangat. Itu sahaja yang perlu ada didalam diri individu yang benar-benar ingin berhenti merokok. Tiada spesifik program atau langkah aku ikut. Cuma kuatkan semangat dan elakkan diri daripada dalam keadaan terlalu tertekan.
  • Apa yang aku rasa selepas berhenti merokok? Wow pertama sekali makan memang tak leh control. Benar beberapa pendapat sekiranya kita biasa merokok sekali berhenti makan akan kuat. Ia seperti berganti. Berat badan aku pun dah mula meningkat sebanyak 2 kilogram ( last pemeriksaan sebelum puasa ).
  • Kelebihan yang aku rasakan? Aku mula merasakan kurang perasaan serba salah. Mengapa itu boleh berlaku? Jika kita merokok kita akan kurangkan kepada perbelanjaan makanan. Jadi, lagi baik duit habis pada makanan daripada habis pada rokok yang totally tidak mendatangkan sebarang faedah. Ya memang makanan boleh mendatangkan penyakit juga tapi potensi dan peratusannya agak kurang daripada merokok dan makan. Pilihlah mana satu yang lebih baik.
  • Terdapat beberapa kenalan dan sahabat aku mengatakan, ” aku tidak boleh tidak lekang dari rokok “. Aku baru saja mulakannya jadi aku tidak mampu untuk memberi nasihat. Tapi apa yang aku lakukan dan terus aku lakukan adalah sentiasa berfikir apa yang kita dapat dari merokok.
  • Jadi, kepada sesiapa yang masih merokok di luar sana. Apa kata kita sama-sama berhenti merokok untuk kebaikan bersama. Ayuh!!!


Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha