Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu – CaPt Shah

Apakah itu perayaan Thaipusam?

Thaipusam merupakan satu hari untuk menunaikan nazar atau memohon ampun bagi dosa-dosa yang telah mereka lakukan selama ini.


Bila ia diraikan?

Ia akan diraikan pada bulan ‘Thai’ bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Tahun 2010 ia disambut pada esok ( 30 Januari 2010 ).


Bagaimanakah ia disambut?

Kebiasaannya mereka akan membawa susu putih yang diisi didalam belanga aluminium untuk dipersembahkan kepada dewa mereka.

Bagi lelaki ada antara mereka membotakkan kepala dan ada juga membawa kavadi. Ada yang membawa kavadi dengan cucuk batang besi kat mulut, ada yang cangkuk kulit sambil membawa atau menarik kavadi dan pelbagai lagi cara dilakukan. Peergghh tue memang menyakitkan jika dilihat mata orang seperti kita ini. Tapi bagi mereka tue adalah cara untuk menunjukkan bahawa mereka benar-benar memohon ampun.


Dimana diraikan?

Tempat yang famous dikalangan kaum India adalah Batu Caves, Gombak seperti gambar diatas.  Selain dari itu, ia juga disambut dibeberapa negeri seperti Ipoh, Kuching, Pulau Pinang dan Johor. Aku nah ingat terdapat seorang orang tua ingin berjalan kaki dari salah sebuah negeri di selatan untuk ke Batu Caves sebagai cara dia memohon ampun daripada dewa mereka. Lain agama lain caranya untuk memohon ampun.


Maklumat lanjut dapatkan di Hari Thaipusam

One Response to “Selamat Menyambut Thaipusam”

  1. wawa says:

    xde ke kesan perayaan thaipusam?

Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha