Gunakan peluang yang ada untuk menggandakan simpanan tunai anda – CaPt Shah

  • PERHATIAN!!! Kepada korang yang minat dalam pasaran unit amanah. Ini adalah masa terbaik bukan unit amanah aje tapi Gold Saving Pasport Maybank pun sedang mengalami penurunan harga.
  • Jika dilihat perubahan ekonomi sejak 3 minggu ini, aktiviti di Bursa Saham Malaysia mengalami penurunan dibawah paras yang ditetapkan. Ini secara tidak langsung telah menjejaskan kerancakan aktiviti unit amanah.
  • Mengikut kata advisor CIMB Wealth pasaran unit amanah akan kembali meningkat harga pada bulan Februari dan kemungkinan terdapat beberapa akaun akan mengisytiharkan bonus pada kadar harga tertinggi dalam masa terdekat.
  • Kesempatan ini, aku ingin mengajak korang semua ( kepada sape yang berminat ) untuk membeli unit-unit sementara harga sedang menurun ini.
  • Kepada ahli KWSP juga boleh membeli unit-unit tersebut melalui Skim Pengeluaran Unit Amanah. Ramai orang melayu yang mempunyai KWSP tidak berani untuk membuat pengeluaran tersebut kerana terlalu mendengar khabar berita yang tidak tahu kesahihan. Sekarang ini KWSP juga telah memperkenalkan syarat pengeluaran minimum ( mengikut umur ) bagi skim tersebut. Tidak lagi seperti yang sebelum ini, ahli yang mempunyai RM 55,000 baru layak keluarkannya. Kenapa KWSP memperkenalkan syarat minimum? Ini kerana untuk memberi peluang kepada ahli untuk membuat pengeluaran pelaburan bagi mencapai sasaran setiap ahli mempunyai RM 120,000 masa bersara nanti. Jadi, gunakan peluang yang ada ini untuk kebaikan korang juga bila dah bersara. Apakah syarat minimum tue dan adakah anda layak? Sila lihat lampiran dibawah nie. Tak pun korang leh gie tgk Laman Web KWSP sendiri untuk maklumat lanjut.

Jadual Asas Simpanan KWSP

UMUR (TAHUN)


SIMPANAN ASAS (RM)


UMUR (TAHUN)


SIMPANAN ASAS (RM)


18


1,000.00


37


34,000.00


19


2,000.00


38


37,000.00


20


3,000.00


39


41,000.00


21


4,000.00


40


44,000.00


22


5,000.00


41


48,000.00


23


7,000.00


42


51,000.00


24


8,000.00


43


55,000.00


25


9,000.00


44


59,000.00


26


11,000.00


45


64,000.00


27


12,000.00


46


68,000.00


28


14,000.00


47


73,000.00


29


16,000.00


48


78,000.00


30


18,000.00


49


84,000.00


31


20,000.00


50


90,000.00


32


22,000.00


51


96,000.00


33


24,000.00


52


102,000.00


34


26,000.00


53


109,000.00


35


29,000.00


54


116,000.00


36


32,000.00


55


120,000.00


 

  • TAHUKAH KORANG? Cara Unit Amanah memberi bonus – Contohnya Unit Amanah dibawah CIMB Wealth Advisor memberi bonus kepada anda mengikut jumlah unit terakhir dan ia diberi secara penuh. Tidak seperti Amanah Saham Bumiputra atau lain-lain dimana bonus akan diberi secara prorata pada mana-mana unit yang tidak mencukupi setahun.
  • Anda juga boleh melabur secara tunai. Ini kepada sesiapa yang mempunyai simpanan tunai. Gandakan tunai anda dengan melaburkan kedalam unit-unit yang membuat pelaburan di luar negara.
  • TIPS!! Pastikan korang pilih advisor yang aktif. Sentiasa memaklumkan kepada perkembangan terkini mengenai pelaburan anda.
  • Jadi apa yang korang tunggu lagi mulakan pelaburan anda hari ini demi kebaikan masa depan.



Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha