Semangat masih belum terpadam walaupun terpaksa mengharungi macam-macam kerenah – CaPt Shah


  • Masuk hari ini da 2 minggu aku masih tidak ketahui siapa tutor aku bagi kedua-dua subjek nie. Ini akibat daripada kesilapan pihak kewangan yang tidak releasekan nama aku di dalam sistem mereka. Jika kalo tengok slip kat atas nie aku da mendaftarkan diri bagi kedua-dua subjek dan dilepaskan oleh pihak kewangan.
  • Aku pun tidak pasti bagaimana mereka tidak melepaskan nama aku. Pada 18 Januari yang lepas aku telah mendaftarkan subjek tersebut di kaunter pendaftaran yang disediakan. Sememangnya aku mengetahui bahawa aku masih mempunyai hutang dan memang mereka tidak melepaskan aku selagi aku tidak menjelaskan yuran minimum. Walaucamner pun aku datang bukan dengan tangan kosong. Aku datang dengan sehelai surat pengesahan bahawa aku telah membuat pengeluaran pendidikan bagi membiayai pengajian aku itu.
  • Semasa aku menyerahkan surat tersebut pada salah seorang staf kat situ, dia kata surat ini tidak boleh digunakan. Mereka hendaklah aknowledgement penerimaan borang permohonan. Acknowledgement itu dianggap sebagai guarantee letter. Aik sejak bila mereka tukar polisi dan bukan ke surat yang aku bawa itu ada menyatakan bahawa permohonan aku sedang diproses. Perkara itu telah dibawa kepada penyelia dan penyelia mereka pun menerimanya.
  • Aku kurang pasti apa yang ditekan oleh penyelia itu pada sistem mereka. Beriya-riya menekan aku tengok. Last-last dia mengecop dan tandatangan slip pengambilan modul. So itu menandakan aku da berjaya mendaftar.
  • Hari tutorial makin hampir. Aku melihat time table dalam sistem masih belum assigned aku mana-mana kelas. Aku pun hubungi pentadbir kelas aku. Apa yang dimaklumkan pada aku ” Encik dah membuat bayaran dan mengambil modul? “. Aku pun mula terasa pelik. Aku replylah kata dah amik modul n aku lampirkan slip diatas nie. Pastue di reply, dia berkata ” Mungkin mendaftar sebagai pelajar online nanti saya assigned tutor encik “. Lor bila pulak aku mendaftar kedua-dua subjek ini sebagai belajar secara online.
  • Hati kecil aku berkata ini tidak boleh jadi. Terus hubungi Pejabat Kewangan/Bendahari. Rupa-rupa penyelia yang melepaskan aku itu masih tidak release nama aku dalam sistem kewangan. Puya la angin aku time tue. Tapi nasib baik pegawai yang melayan aku tue lembut so tenang aku. Selang sehari nama aku da release dari sistem kewangan tapi sehingga hari ini aku masih belum assigned mana-mana tutor. Penatnya aku nak kene hubungi balik Pentadbir kelas aku wahal email panjang lebar da pun dihantar untuk perhatian dia.
  • Disebebkan perkara kecil langsung aku terlepas tutorial pertama yang dijalankan pada 24 Januari lepas. Da rugi 2 minggu nie. Nnt tutor x kenal aku susah nak score assignment nanti. Mission 2010 anugerah dekan ( Ceeeewaaahhh ).

2 Responses to “Tidak Boleh Masuk Kelas”

  1. Taufik says:

    wow. dua dua subjek pasal komputer. hehhe. anyway i dont even know the fact you are studying while working. nice move. aha.. anugerah dekan? insyaallah. my pray is always for you bro!

  2. CaPt Shah says:

    i amik bachelor of information technology..
    so byk subjek berkaitan komputer..
    btw thnx a lot

Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha