![]() |
![]() |
| Aku | Eric Leong |
Apakah perbezaan aku dengan Eric Leong? Wah membandingkan dengan orang yang sudah pun terkenal dalam bidang deco-deco ini. Eric Leong adalah nama besar dimana hampir kesemua rakyat Malaysia mengenali beliau dalam hal deco tapi aku hanya orang kecil dimana colleague aku suka menggelarkan Deco Bersama Shah setiap kali aku terlibat dalam deco-deco pejabat. Ini disebabkan aku seorang yang suka survey barang-barang rumah termasuklah barang-barang deco. Aku seorang peminat barang Ikea walaupun harganya agak mahal tapi kualiti dan design menepati citarasa aku. Opppsss!! ini tak bermakna aku membazirkan duit dengan beli barangan Ikea. Barang Ikea yang selalu beli adalah harga yang aku mampu dan simple. Sejak aku berpindah ke rumah lagi-lagi aku duk sorang sekarang. Dorang teringin nak lihat rumah yang aku duduki terutama budak pompuan ( mak-mak orang ). Dorang sering kata mesti aku deco giler rumah tue. Padahal seperti yang aku suka biar kelihatan rumah itu simple tapi interactive. Ambil moto Aussino ” Home is where the heart is “.Psssttt!! wat masa nie tak de la interactive sangat sebab bajet ciput je. Tapi Insya Allah dari hari ke hari aku akan terus memperkemaskan dengan deco yang menarik. Jadi aku bawakan keadaan rumah aku sekarang ini untuk tatapan umum. Maklum jelah tak sempat nak wat housewarming katanya. Sekiranya korang ada idea tentang rumah aku boleh kongsi bersama.
Warna dinding untuk hall dan ruang makan akan ditukar tidak lama lagi bergantung kepada kebenaran tuan rumah. Tapi nak warna apa yang sesuai. Korang ada idea x kongsi skit. Jadi itu lah keadaan rumah aku yang tidak seberapa lengkap dan tidak lah setanding dengan Eric Leong kan?



Facebook
Twitter
This is truly an inspiration! Gosh I wonder how I would design my house when my time comes… Waa ur house is nice bro! simple n just nice… *drooling*.
cat jela warna yg menarik..biilik tidur mgkin warna biru laut sesuai gak…dapur nk cat ke//..ruang tv tu kalau mghadap tgkap xsilau ke..apap kata letak tv dan sofa memanjang dan tgkap di kiri anda..boleh juga cat feature wall bhgian tuh..pastikan warna yg menarik..goodluck!