Setelah 3 minggu menanti akhirnya dapat juga jadual waktu aku untuk semester ini – CaPt Shah

Terus Baca Ada Lagi Nie “Tidak Boleh Masuk Kelas [ Update ]“

“ Satu Cinta Satu Arah Satu Impian “

Bakap-cakap tentang azam. Setiapkali tiba tahun baru, setiap insan akan memasang azam baru untuk memperbaiki kehidupan masing-masing. Persoalannya, adakah semangat baru yang kita semai berkekalan hingga ke hujung tahun. Persoalan ini membawa aku penemuan cara dan konsep yang sesuai bagi diri aku. Tahun 2009 aku telah memilih “ Satu Cinta Satu Arah Satu Impian “.

“ Satu Cinta “

Setiap perancangan yang aku ingin lakukan pada tahun ini mestilah dilaksanakan dengan menyemai perasaan cinta pada sesuatu itu.

“ Satu Arah “

Apabila cinta tersemai, ia akan membawa kepada satu landasan perlaksanaan perancangan itu.

“ Satu Impian “

Jika landasan perancangan kita betul akan membawa kepada impian bagi perancangan itu.

Perancangan Sepanjang Tahun 2009

Cinta

Cinta? Untuk meraih cinta mungkin mudah tapi persoalannya adakah ia mampu kekal lama. Cinta juga merupakan satu kuasa yang mampu mengubah hidup seseorang samada lebih bertambah baik atau lebih bertambah buruk. Hanya kita sahaja yang mampu tentukan. Bagi aku biar cinta itu datang dengan sendiri tanpa paksaan. Aku tidak mahu meletakkan cinta itu mempengaruhi hidup aku sehingga mampu menjejaskan persekitaran kehidupan aku.

Kerjaya


Tahun ini aku berazam untuk memperbaiki prestasi kerjaya aku yang telah terjejas tahun lepas. Jadi sebagai permulaan untuk memperbaiki prestasi kerja adalah memperkemaskan tahap kualiti kerja harian aku. Selain daripada itu, perancangan cuti yang lebih teratur dan penjagaan kesihatan lebih baik. Pengagihan masa lebih kemas dan sistematik dimana waktu bekerja, waktu social, waktu riadah, waktu belajar, dan sebagainya.

 

Kewangan


Pelbagai pelan dan perancangan akan dikemaskinikan semula bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan aku yang terjejas pada tahun lepas. Lebih fokus pada perbelanjaan yang berhemah dan berjimat cermat. Antara perancangan dan pelan:

1. Pelan Pemilikan Rumah Pertama 2010.

2. Pelan Bilik Tidur Idaman Ku.

3. Pelan Pemulihan Ekonomi

 

Sosial


Untuk memperkembangkan minda aku untuk lebih friendly, aku akan meluangkan lebih banyak masa untuk bersosial. Untuk mengamalkan konsep berjimat cermat, aku akan mengamalkan bersosial secara berhemah. Selain daripada itu, aku akan menyertai beberapa kelab sebagai langkah untuk lebih bersosial antaranya penglibatan dalam pergerakan Pengakap semula, Outdoor Club dan sebagainya. Disamping itu, aku juga akan mengatur pergi percutian di beberapa tempat seperti Melaka, Johor Bahru, Pulau Tioman, Pulau Redang, Singapura dan Jakarta. Dalam masa yang sama, aku akan terus mendaki gunung yang ada di semenanjung Malaysia terutama mendaki Puncak Trans sebagai sasaran utama tahun ini.

© 2010 Cptshah Dot Com Suffusion WordPress theme by Sayontan Sinha